Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi
penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja
di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang
berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga
terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah
ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi
yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu.
Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan
PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA
merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI
meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada
BLACK. Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD,
sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari.
Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui
penyakit yang dihadapi oleh PAK SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA,
apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakaknya, LAILA. Mengenangkan
persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA
merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu
nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan
itu, terdapat kisah sedihnya.
Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana pula hubungan
TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah
HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan CINTA ATAS TAR di pawagam tidak
lama lagi.
No comments:
Post a Comment